Awin_life

Tuesday, October 26, 2010

Azan Bukan Sekadar Didengari


Di Masjid Agung Mekah dan Masjid Nabi Muhammad, sejurus selepas azan dikumandangkan, suasana hingar-bingar di bazar dan pasar raya tiba-tiba berubah menjadi 'pesta ibadah'. Jemaah haji, peniaga dan pekerja masing-masing mendirikan solat berjemaah dalam saf-saf tertentu di belakang imam yang satu, menyembah tuhan yang esa.
Pada masa itu, sesetengah kedai dikunci dan dipadamkan lampu. Sesetengah yang lain pula diselubungi dengan kain ataupun jaring yang lebar. Kadang-kadang terdapat pegawai khas masjid yang bertandang mengetuk pintu kedai-kedai di laman masjid yang lambat menutup kedai masing-masing sewaktu tukang azan menjalankan tangungjawabnya.
Seruan azan benar-benar disahut dengan jawapan tertentu pada setiap kalimat azan. Ia malah disahuti dengan amali dan tindakah Allah benar-benar dibesarkan sebagaimana laungan 'Allah Maha Besar' dalam laungan azan. Tiada lagi yang besar selainnya. Pelanggan, wang dan keuntungan hakikatnya tidak besar berbanding Allah.
Seruan 'marilah solat' dibalas dengansolat tanpa berlengah. Seruan 'marilah menuju kejayaan' benar-benar menjadi kenyataan apabila solat disempurnakan secara langsung pada awal waktu. Para peniaga yakin, dengan solat sebentar sekitar lima hingga sepuluh minit, kejayaan tetap menjadi milik mereka. Perniagaan tidak rugi hanya kerana urusan perniagaan ditinggalkan sebentar demi menyahut seruan Ilahi.
Zain Verjee dalam catatannya sewaktu membuat liputan bagi pihak CNN, "Satu perkara yang sungguh menakjubkan adalah dengan menyaksikan bagaimana waktu solat mengubah pace di kota. Ia cukup serene dan sepi. Setiap batang jalan dipenuhi manusia dan tikar solat sejauh mata memandang. Sungguh indah dan awing. Dua juta manusia, solat dan prostrating dalam masa yang sama merupakan imej-imej bergerak most moving images i've been left with. Tiada hooting...tiada beli belah."
Ali (bukan nama sebenar) sewaktu ke sebuah kedai mewah di sebuah bangunan hotel bertaraf lima bintang terkejut kerana apabila dirinya seolah-olah dihalau oleh pekedai. Dalam hukum bisnes moden, pelanggan adalah raja dan perlu dilayan dengan sebaik mungkin. Bagaimanapun, pekedai tanpa rasa ragu apa lagi rasa bersalah mengucapkan 'ba'da as-solah, ba'da' as-solah' (selepas solat, selepas solat) yang bermaksud pergi solat dahulu, selepas itu barulah kita berurusan jual-beli.
Keadaan mengingatkan cerita Abdullah bin Ummu Maktum yang buta tetapi bersungguh-sungguh pergi mendirikan solat di masjid. Pada peringkat awal, beliau terpaksa menggunakan tali yang diikat dari rumah ke masjid.

No comments:

Post a Comment